Showing posts with label Pengurusan UBK. Show all posts
Showing posts with label Pengurusan UBK. Show all posts
UBK SMKBT4

Assalamualaikum , Salam 1 Malaysia, Salam Perak Aman Jaya ..












Kategori : 0 komen | edit post
UBK SMKBT4


OBJEKTIF UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  •  Meningkatkan kecemerlangan akademik murid dengan mengadakan:
        > Pemilihan mata pelajaran secara berkesan.
        > Kemahiran belajar.



  • Memberi pendedahan kerjaya kepada murid dengan cara melaksanakan :
         > Mengumpul dan menyebarluaskan maklumat pelajaran dan peluang-peluang melanjutkan pelajaran di   institusi pengajian tinggi awam, swasta dan institusi latihan kemahiran.
         > Ujian psikometrik.


  • Berusaha mempertingkatkan sahsiah murid melalui:
        > Program psikososial.
        > Program kesejahteraan mental.


  • Meningkatkan kefahaman mengenai keibubapaan dan perkembangan kesejahteraan individu melalui:
        > Konsultasi keibubapaan.
        > Kaunseling keluarga.


  • Mencapai Sekolah Bebas Dadah menggunakan pendekatan pendidikan pencegahan dadah melalui:-
        > Pendekatan Keluarga Cemerlang
        > Pembentukan Jati Diri Remaja
        > Sekolah Bebas Dadah


  • Membangunkan daya kepimpinan dan pembangunan diri murid melalui:-
        > Mengenal Diri Dan Potensi Diri
        > Kemahiran Kepimpinan
        > Kehidupan Bermasyarakat

        > Penyelesaian Masalah


Kategori : 0 komen | edit post
UBK SMKBT4



PIAGAM PELANGGAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.

3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.

4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada
 persetujuan klien.

5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi
 individu atau kelompok.

6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48
jam.

7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan
 kaunseling krisis.

8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi
 keupayaan Guru Kaunseling.

9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan 
beretika.

10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada
 negara.


Kategori : 0 komen | edit post
UBK SMKBT4





VISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.



MISI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.


Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.


Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.


Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.


Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.


Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.

MySpace
Kategori : 0 komen | edit post