Showing posts with label PMR. Show all posts
Showing posts with label PMR. Show all posts
UBK SMKBT4

Assalamualaikum , Salam Sejahtera ..

 MATHEMATICS IS FUN :]



 PELAJAR2 TINGKATAN TIGA


Kategori : 0 komen | edit post
UBK SMKBT4
Hai semua ^o^

TAHNIAH kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 kerana telah berjaya menempuh minggu Peperiksaan PMR 2011. Moga-moga segala usaha kalian akan mendapat buah kejayaan yang kalian impikan.

Teringat satu perkataan yang sering dikaitkan kalau kita mahu mengecap KEJAYAAN iaitu DUIT. Ternyatalah tanpa DUIT tak mungkin kejayaan yang kita impikan akan datang bergolek. Tahu ke DUIT itu apa?? Opsss...bukan wang ringgit laa...materialistik namanya  tu.


DUIT = Doa + Usaha + Ikhtiar + Tawakal >>>>> KEJAYAAN

| kejayaan tak kan datang bergolek |

Jadi, sekiranya anda sudah berusaha bersungguh-sungguh..maka bertawakal lah. Berdoalah padaNya moga-moga kejayaan cemerlang menjadi milik anda...insyaAllah....


Kategori : , 0 komen | edit post
UBK SMKBT4



Buat semua pelajar-pelajar Tingkatan 3 yang disayangi...


"SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN PMR 2011"


Doa kami sentiasa mengiringi perjuangan kalian...
Semoga kejayaan yang cemerlang sentiasa menanti anda

Berusaha, Berdoa dan Bertawakal....insyaAllah..


Kategori : , 0 komen | edit post
UBK SMKBT4
Tarikh           : 30 September 2011
Masa             : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat         : Tapak Perhimpunan SMK Batu 4






[ picture ]


Seperti mana tahun-tahun lepas, Majlis Izin Ilmu telah dianjurkan oleh pihak sekolah bagi membolehkan calon-calon peperiksaan awam bersalaman dan berjumpa dengan guru masing-masing buat kali terakhir sebelum mereka melangkah ke dewan peperiksaan kelak.  

Majlis sebegini dilihat bermanfaat untuk kedua-dua warga pendidik dan calon peperiksaan kerana selain ianya membolehkan kedua-dua pihak saling bermaafan, ianya secara tidak langsung memberikan satu ketenangan kepada semua bakal calon PMR dan SPM dalam menjalani peperiksaan mereka kelak.


Semoga semua calon PMR dan SPM 2011 beroleh ketenangan semasa menjawab soalan peperiksaan kelak...insyaAllah...


Kategori : , , 0 komen | edit post
UBK SMKBT4
Tarikh      : 29 September 2011
Masa        : 6.30 petang - 9.00 malam
Tempat    : Surau Bangunan Baru


[ picture ]


Majlis Solat Hajat ini telah dijayakan dengan kehadiran pelajar-pelajar Islam yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi dan juga guru-guru Islam yang turut sama mendoakan kejayaan mereka. 

Antara objektif majlis ini adalah untuk membentuk kesedaran mendalam tentang kepentingan mengharapkan pertolongan daripada Allah S.W.T selepas berusaha untuk mencapai matlamat. Juga untuk membentuk modal insan pelajar berteraskan unsur spiritual yang telah terbukti kejayaannya. 


Kategori : , , 0 komen | edit post